KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

25 September 2025 | Aktiviti Terkini

24 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti satu program Kempen Internet Selamat (KIS) telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang dan disertai oleh seramai 30 orang murid Tahun 5 bersama tiga orang guru pengiring.

Sepanjang program, peserta telah mengikuti Modul KIS Tahap 2 yang merangkumi beberapa aktiviti menarik, antaranya:

Program ini dibimbing oleh Puan Nuryatul binti Muhamad Nor (Pengurus NADI Felda Pasoh 2) dan Puan Umi Rafidah binti Puasa (Pengurus NADI Felda Pasoh 3).

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan internet secara selamat, malah mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, komuniti dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi celik teknologi dan bertanggungjawab. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali