KOMUNITI MADANI AYER ITAM DAN KOMUNITI MADANI PASOH: Penerokaan Dunia Digital Bersama ChatGPT & Gemini
25 September 2025 | Aktiviti Terkini24 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan berlangsung program NADI X JAPENS X Komuniti MADANI: Penerokaan Dunia Digital bersama ChatGPT & Gemini. Program ini telah dihadiri oleh 5 orang ahli Komuniti MADANI Ayer Hitam serta 4 orang ahli Komuniti MADANI Felda Pasoh 3.. Program ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Antara pengisian utama program ialah penerangan mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui aplikasi ChatGPT, sesi penciptaan imej digital menggunakan Gemini. Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan memperluas pengetahuan peserta terhadap perkembangan teknologi semasa di samping menekankan aspek kesejahteraan komuniti.
Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan BMI. Program ini membuktikan komitmen pelbagai agensi dalam mendekati rakyat secara langsung dan memperkasa kesejahteraan komuniti sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.
Pihak NADI Felda Pasoh 3 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan penyertaan para peserta. Semoga segala ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan, disebarluaskan dan diaplikasikan demi memperkasa komuniti secara menyeluruh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: