NADI – Safe & Shield: Webinar Kempen Internet Selamat :Jenayah Tidak Kenal Mangsa

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

25 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Safe & Shield: Webinar Kempen Internet Selamat :Jenayah Tidak Kenal Mangsa. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 6 orang peserta terlibat dalam kelas ini terdiri daripada 3 peserta sekolah rendah dan 3 peserta sekolah menengah.

Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat tentang bahaya cybergrooming, iaitu jenayah siber di mana penjenayah mendekati mangsa, khususnya kanak-kanak dan remaja, melalui internet dengan niat jahat. Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan tentang cara penjenayah siber memperdaya mangsa melalui media sosial, permainan dalam talian atau aplikasi mesej. Mereka juga akan diajar mengenal tanda-tanda awal cybergrooming, langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berdepan situasi mencurigakan. Webinar ini menekankan mesej bahawa jenayah siber tidak mengenal umur atau latar belakang, justeru semua pihak perlu peka, berhati-hati dan menggunakan internet secara bijak serta selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali