NADI – MAHIR: Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 10
27 September 2025 | Aktiviti Terkini22 - 26 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 10, mahir jahit, dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 4 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu ke-10, kelas mahir diteruskan dengan pengisian yang sangat bermanfaat untuk peserta. Dalam kelas Mahir Baiki Gajet, peserta mempelajari kemahiran asas membuka dan memasang semula telefon pintar jenis iPhone. Ilmu ini memberi pendedahan awal tentang komponen dalam gajet serta cara mengendalikannya dengan betul. Sementara itu, dalam kelas Mahir Jahit, peserta diperkenalkan dengan teknik membuat draf pola baju kurung pesak, iaitu langkah penting sebelum proses menggunting dan menjahit pakaian. Aktiviti minggu ini bukan sahaja menambah ilmu praktikal dalam bidang teknologi dan jahitan, tetapi juga mengasah kemahiran tangan, daya tumpuan serta kreativiti peserta untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: