KARNIVAL SENTUHAN MADANI FELDA & SANTUNAN DESA KEMAS 2025
29 September 2025 | Aktiviti Terkini28 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berkerjasama dengan NADI Kluster Jempol Utara dan Kluster Jempol Selatan dalam menyertai Karnival Sentuhan MADANI Felda & Santunan Desa Kemas 2025. Program komuniti I telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Felda Raja Alias 2. Karnival ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik pendaftaran percuma ahli NADI serta turut diadakan ialah pendaftaran MyDigital ID, permainan interaktif serta pameran dan pengedaran risalah berkaitan NADI dan Kempen Internet Selamat (KIS).
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan dan digital kepada masyarakat setempat, malah memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan. Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform penting untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat, memperluaskan ilmu digital, serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam komuniti Felda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: