NADI x Kesejahteraan Diri : Webinar Kesuburan Lelaki: Jangan Tunggu Sampai Isteri Kena Salahkan Dulu ?
11 Jun 2025 | Aktiviti Terkini10 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan webinar NADI x Kesejahteraan Diri : Webinar Kesuburan Lelaki: Jangan Tunggu Sampai Isteri Kena Salahkan Dulu ? Webinar ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Abdul Karim, Pakar Kesuburan Lelaki dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Webinar ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Sesi ini akan membincangkan tanda-tanda lelaki yang mungkin menghadapi isu kesuburan, jenis pemeriksaan asas serta rawatan yang tersedia. Turut disentuh ialah mitos-mitos popular berkaitan “kesuburan lelaki sejati” yang sering mengelirukan. Sesi ini PERCUMA dan terbuka kepada semua, khususnya mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat (TTC) atau ingin memahami kesihatan lelaki secara menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: