NADI x MAHIR SHORT LEARNING|KELAS EKSLUSIF – RASA WARISAN NYONYA ASLI
15 Jun 2025 | Aktiviti Terkini14 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar NADI x MAHIR SHORT LEARNING| Kelas Ekslusif – Rasa Warisan Nyonya Asli. Sesi pembelajaran ini disampaikan oleh Chef Florence Tan. Webinar ini bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Seramai 1 orang peserta terlibat mendengar webinar ini.
Selesai sudah sesi pembelajaran bersama Chef Florence Tan, pakar masakan Nyonya yang telah berkongsi pelbagai ilmu, teknik & petua dalam menghasilkan hidangan tradisional Nyonya yang autentik. Tujuan program ini dapat mengangkat semula seni masakan warisan kaum Baba & Nyonya. Ianya memberi peluang peserta mempelajari resipi eksklusif dengan teknik mudah. Serta menyokong pembangunan kemahiran memasak untuk sajian keluarga atau jualan premium.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: