BENGKEL PEMERKASAAN KOMUNITI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2025: TRAIN OF TRAINER (ToT) KEMPEN INTERNET SELAMAT
16 Jun 2025 | Aktiviti Terkini13 – 15 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah mengikuti bengkel Pemerkasaan Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Di Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2025: Train Of Trainer (TOT) Kempen Internet Selamat di Lexis, Port Dickson. Bengkel ToT: KIS ini adalah anjuran MCMC dan telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 62 NADI di seluruh Negeri Sembilan telah terlibat.
Bengkel ini adalah merupakan sesi Latihan Kejurulatihan (Train of Trainer (ToT)) modul Internet Selamat untuk mempersiapkan petugas NADI Negeri Sembilan dalam mengendalikan Program Kempen Internet Selamat bersama komuniti setempat. Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan petugas NADI secara fizikal dan mental melalui kerja berpasukan serta memupuk sifat kepimpinan dalam melahirkan petugas yang berkaliber, positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: