eKelas Usahawan | Modul 1: AI Untuk Mencipta Kandungan
19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini18 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar eKelas Usahawan | Modul 1: AI Untuk Mencipta Kandungan. Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai seorang peserta terlibat mendengar webinar ini.
Modul "AI untuk Mencipta Kandungan" direka khas untuk usahawan yang ingin mempercepat dan memudahkan proses penghasilan kandungan pemasaran. Dalam modul ini, peserta akan diperkenalkan kepada pelbagai alat kecerdasan buatan (AI) yang boleh digunakan untuk mencipta teks iklan, kapsyen media sosial, reka bentuk grafik, dan video pendek secara automatik. Ia membantu menjimatkan masa, menjana idea kreatif, dan meningkatkan kualiti kandungan tanpa memerlukan kemahiran teknikal tinggi. Modul ini sangat sesuai untuk usahawan yang ingin menonjol di platform digital dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efisien.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: