NADI - SAFE: Webinar Kempen Internet Selamat (KIS): Jaga Komputer, Jauhi Malware
22 Jun 2025 | Aktiviti Terkini21 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Webinar Kempen Internet Selamat (KIS): Jaga Komputer, Jauhi Malware oleh Encik Danial Hakim. Webinar ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 2 orang peserta dari sekolah rendah telah terlibat mendengar webinar ini.
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah memahami bagaimana untuk menggunakan komputer dan internet dengan selamat. Dalam program ini, pelajar akan belajar tentang ancaman virus komputer atau "malware" yang boleh merosakkan komputer dan mencuri maklumat. Pelajar juga akan diajar cara mudah untuk melindungi diri, seperti tidak klik sebarang pautan yang pelik dan tidak memuat turun fail yang tidak dikenali. Dengan ilmu ini, pelajar dapat menjaga komputer mereka agar sentiasa selamat dan dapat belajar dalam talian tanpa gangguan. Program ini juga menggalakkan pelajar supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan gajet dan internet setiap hari.Anda!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: