NADI - Shield : Webinar Kempen Internet Selamat (KIS) : Malicious Website –Awas Laman Web Penipu
24 Jun 2025 | Aktiviti Terkini23 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Webinar Kempen Internet Selamat (KIS) : Malicious Website –Awas Laman Web Penipu oleh Encik Danial Hakim. Webinar ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 2 orang peserta dari sekolah menengah telah terlibat mendengar webinar ini.
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah menengah tentang bahaya laman web penipuan (malicious websites) yang boleh mencuri maklumat peribadi, memuat turun virus atau menyebarkan scam. Peserta akan belajar cara mengenal pasti laman web yang mencurigakan, tanda-tanda amaran penipuan, serta langkah keselamatan asas semasa melayari internet. Sertai sesi ini untuk melindungi diri anda dan rakan-rakan daripada menjadi mangsa jenayah siber. Lindungi Data Anda, Lindungi Masa Depan Anda!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: