NADI - Pembelajaran Sepanjang Hayat : Forum bersama NADI Mahir

26 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

25 Jun 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Forum bersama NADI Mahir. Forum ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 2 orang peserta telah terlibat mendengar forum ini. Forum ini dibuat untuk kemasukan peserta mahir bagi sesi ke 2 /2025.

Forum bersama NADI mahir menampilkan lima bidang kemahiran yang semakin relevan dan diminati masa kini iaitu Fotografi, Masakan, AgriPintar, Baiki Gajet dan Jahitan. Dalam forum ini, peserta berpeluang mendengar sendiri pengalaman dan kisah kejayaan daripada ikon-ikon tempatan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ia bukan sekadar sesi perkongsian ilmu, tetapi juga ruang untuk peserta mendapatkan inspirasi, membina jaringan, dan membuka minda terhadap peluang kerjaya berasaskan kemahiran. Program ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menambah pengetahuan, mencari hala tuju atau menceburi bidang kemahiran secara lebih serius. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dan jadilah sebahagian daripada komuniti mahir yang proaktif dan berdaya saing!.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali