MAJLIS PERASMIAN NADI RAHANG
4 Mei 2025 | Aktiviti Terkini3 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah mengikuti Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rahang di Seremban. Majlis perasmian ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Tuan Guok Chi Seng merangkap Pegawai Khas dan wakil YB Tuan Siau Meow Kong. Turut hadir ialah Pengarah MCMC Negeri Sembilan, En Ts. Md Tahir Musa, bersama rakan strategik seperti Pejabat Daerah Seremban, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan agensi-agensi lain serta KRT, JPKK dan Komuniti Madani.
Antara pengisian aktiviti adalah booth jualan usahawan NADI, Taklimat Kempen Internet Selamat, reruai daripada PERKESO dan mySalam, saringan kesihatan, bengkel Tiny Techies Microbit bagi pelajar sekolah rendah. Secara Rasminya NADI Rahang telah beroperasi dan semoga bermanfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: