NADI x Kesejahteraan Diri: Webinar| Mitos & Fakta Tentang Kesuburan: Jangan Mudah Percaya

7 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

6 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar NADI x Kesejahteraan Diri : Mitos & Fakta Tentang Kesuburan: Jangan Mudah Percaya. Webinar ini disampaikan oleh Prof Madya Dr Habibah Abdul Hamid Pakar Perunding O&G dan Pakar Kesuburan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Webinar ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 2 orang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Ramai pasangan masih terkeliru dengan mitos tentang kesuburan, seperti posisi tidur atau keperluan tunggu setahun sebelum berjumpa pakar. Sesi khas ini membongkar fakta sebenar daripada pakar, disampaikan secara padat dan mudah difahami. Ia sesuai untuk semua yang merancang kehamilan — lelaki, wanita, pasangan, dan juga pengamal kesihatan — agar lebih jelas dalam usaha mendapatkan zuriat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali