MAJLIS PERASMIAN NADI SEREMBAN JAYA
11 Mei 2025 | Aktiviti Terkini10 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah mengikuti Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seremban Jaya di Seremban. Majlis perasmian ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Gunasekaren A/L Palasamy Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya. Turut hadir Encik Ts Md Tahir bin Musa, Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah 5 perkhidmatan pintar NADI kelas pembelajaran sepanjang hayat berteraskan AI, NADI Kidventure dan Taklimat Kempen Internet Selamat yang disertaikan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya. Selain itu, saringan kesihatan dan kaunter NADI turut dibuka bagi menyebarkan luaskan info-info yang terdapat didalam NADI kepada semua pengunjung yang hadir.
Antara agensi yang terlibat adalah PEKESO, PTPTN, MySALAM dan Van bergerak pembayaran diskaun kompaun Majlis Bandaraya Seremban dan Jualan Rahmah Madani. Tahniah di atas pelancaran NADI Seremban Jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: