NADI x CYBERSECURITY: Webinar | Manipulasi Siber : Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda?

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

17 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar NADI x CYBERSECURITY | Manipulasi Siber : Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda? Webinar ini disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Manipulasi siber ialah taktik licik yang digunakan penjenayah siber untuk memperdaya mangsa melalui internet, seperti menggunakan emel palsu, mesej media sosial, atau laman web tiruan untuk mencuri maklumat peribadi, kata laluan, atau wang. Mereka mengeksploitasi kepercayaan, emosi, dan kurangnya pengetahuan mangsa untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan tanpa disedari oleh mangsa.

Melalui webinar ini, peserta dapat memahami cara penjenayah siber menjalankan manipulasi, mengenal pasti taktik yang digunakan seperti phishing, scam, dan serangan sosial, serta mempelajari langkah-langkah perlindungan diri dalam dunia digital. Peserta juga akan didedahkan kepada contoh sebenar dan panduan praktikal untuk meningkatkan kesedaran serta keselamatan siber mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali