NADI x KOMUNITI MADANI (KAMPUNG AIR HITAM) Sesi 1: Pembelajaran Aplikasi Canva – Video Promosi

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

17 Mei 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berkerjasama dengan NADI Felda Pasoh 2 dalam menjayakan program NADI x KOMUNITI MADANI bersama Komuniti Madani Kampung Air Hitam. Program ini telah berlangsung dari pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 4 orang ahli Komuniti Madani telah hadir mengikuti program ini.

Bagi program kali ini Komuniti Madani Kampung Air Hitam telah didedahkan dengan Pembelajaran Aplikasi Canva dalam membuat video promosi. Ahli Komuniti Madani Kampung Air Hitam dapat mempelajari ilmu asas Canva seperti cara mereka bentuk poster, slaid pembentangan, dan grafik media sosial dengan mudah menggunakan templat yang disediakan, serta memahami fungsi-fungsi utama seperti teks, gambar, ikon, dan susun atur reka bentuk.Antara aktiviti yang diberikan pemeriksaan kesihatan percuma. Perkhidmatan pintar NADI ini bertujuan memperkukuh hubungan masyarakat serta meningkatkan akses kepada maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali