eKelas Usahawan | Modul 1: Strategi Pemasaran Digital & Modul 2 : Penciptaan Kandungan
30 Mei 2025 | Aktiviti Terkini29 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar eKelas Usahawan | Modul 1: Strategi Pemasaran Digital & Modul 2: Penciptaan Kandungan. Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 tengahari (Modul 1) dan 2.00 petang – 3.00 petang untuk Modul 2. Seramai seorang peserta terlibat mendengar webinar ini.
Modul 1: Strategi Pemasaran Digital memberi pendedahan kepada asas pemasaran dalam talian termasuk konsep pemasaran digital, penggunaan media sosial secara strategik, serta pengenalan kepada platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk tujuan perniagaan. Peserta turut mempelajari cara mengenal pasti sasaran audiens, merancang kempen pemasaran serta mengukur keberkesanan melalui analitik asas.
Modul 2: Penciptaan Kandungan pula memberi fokus kepada penghasilan kandungan digital yang menarik dan relevan. Peserta didedahkan kepada teknik merancang, menghasilkan serta menyunting kandungan seperti gambar, video dan penulisan kapsyen. Modul ini menekankan pentingnya identiti visual, gaya penulisan yang sesuai, serta penggunaan alat percuma dan mudah diakses untuk penciptaan kandungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: