MAHIR FOTO (SHORT LEARNING) : Kelas Suntingan Gambar (VSCO Filter)

30 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

29 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti kelas NADI x SkillForge | Mahir Foto: Kelas Suntingan Gambar (VSCO Filter). Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 2 orang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Kelas ini memberi tumpuan kepada penggunaan aplikasi VSCO, merangkumi pemilihan filter bersesuaian, serta pelarasan pencahayaan, kontras, suhu dan butiran gambar. Tujuannya adalah untuk membimbing peserta menghasilkan gambar yang lebih estetik, sama ada untuk kegunaan media sosial atau projek peribadi.

Kelas ini telah membuka peluang untuk memahami fungsi filter secara lebih mendalam dan menjadikan gambar kelihatan lebih menarik. Penganjuran kelas ini seiring dengan usaha Nadi Mahir dalam memperkasakan kemahiran digital masyarakat melalui bengkel praktikal yang bersifat hands-on dan mudah diikuti. Program ini dijangka diteruskan dengan lebih banyak kelas pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali