NADI – EMPOWERHER: Video Pra Latihan 27 (Kenali Kedudukan)

11 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

10 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah menonton video rakaman pra Latihan 27 (Kenali kedudukan) di bawah program NADI – EMPOWERHER.

Video ini membantu usahawan mengenal pasti kedudukan semasa perniagaan mereka dengan menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dihadapi. Peserta akan memahami tahap kesiapsiagaan perniagaan dari aspek pengurusan, kewangan, pemasaran dan operasi. Melalui penilaian ini, usahawan dapat mengenal pasti tindakan yang perlu diambil bagi memperkukuhkan perniagaan, merancang strategi yang lebih berkesan serta meningkatkan kesediaan untuk berkembang secara mampan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali