NADI – EMPOWERHER : Video Pra Latihan 22 (Jangan Jadi Hamba Bisnes Sendiri)
17 Jun 2026 | Aktiviti Terkini16 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – EMPOERHER : Video Pra Latihan 22 (Jangan Jadi Hamba Bisnes Sendiri).
Video Pra Latihan 22: Jangan Jadi Hamba Bisnes Sendiri merupakan perkongsian khas untuk usahawan mengenai kepentingan mengurus perniagaan secara bijak dan sistematik. Video ini memberi pendedahan tentang pengurusan masa, pembahagian tugas dan strategi mengembangkan perniagaan tanpa terlalu bergantung kepada pemilik semata-mata. Ia bertujuan membantu usahawan membina perniagaan yang lebih teratur, produktif dan mampan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: