NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 2

23 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

19 - 23 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 2. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 2 – SOP Penggunaan Mesin/Peralatan memberi panduan ringkas dan jelas tentang penggunaan mesin serta peralatan dapur dengan selamat dan betul. Modul ini menekankan aspek keselamatan, kebersihan, cara pengendalian yang tepat serta langkah pencegahan kemalangan bagi memastikan proses memasak berjalan lancar dan teratur.

NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 2 – Asas Fotografi - Pengenalan & Sejarah Fotografi, Jenis-jenis  Kamera merangkumi pengenalan dan sejarah fotografi sebagai seni serta medium rakaman visual, daripada kamera awal hingga teknologi digital masa kini. Ia turut memperkenalkan jenis-jenis kamera seperti kamera kompak, DSLR, mirrorless dan kamera telefon pintar, beserta fungsi asasnya untuk membantu pemula memahami penggunaan kamera dengan lebih mudah dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali