NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Jaga Komputer Jauhi Malware

27 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

26 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Jaga Komputer Jauhi Malware. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan komputer daripada ancaman malware seperti virus, ransomware, spyware dan trojan. Peserta akan mempelajari cara mengenal pasti tanda-tanda komputer dijangkiti, amalan penggunaan internet yang selamat, teknik memuat turun fail daripada sumber yang dipercayai, serta kepentingan mengemas kini sistem operasi dan perisian antivirus. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada langkah pencegahan bagi mengelakkan kebocoran data dan serangan siber. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran keselamatan digital dan mengamalkan penggunaan komputer yang lebih selamat dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali