NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian, Mahir Baiki Gadjet dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 3

27 - 31 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

27 - 31 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian, Mahir Baiki Gadjet dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 3. Seramai 3 orang peserta telah menghadiri kelas mahir di NADI.

Kelas Mahir Agri (Pertanian) – Dalam modul ke 3 ini, peserta telah mengikuti pembelajaran asas kesuburan tanah merangkumi pengenalan jenis tanah, kandungan nutrien, pH tanah, bahan organik, kaedah meningkatkan kesuburan serta penjagaan tanah yang sesuai bagi memastikan tanaman tumbuh subur dan menghasilkan hasil yang berkualiti.

Kelas Mahir Baiki Gajet – Bagi modul ke 3 pembelajaran asas telefon pintar merangkumi pengenalan komponen, fungsi peranti, penggunaan alatan pembaikan, langkah keselamatan, mengenal pasti kerosakan serta kaedah asas membaiki dan menjaga telefon pintar dengan betul.

Kelas Mahir Prompt Engineer – Modul ke – 3, peserta telah mengikuti kelas pembelajaran pembangunan laman web berdasarkan AI merangkumi asas penggunaan AI untuk menghasilkan idea, struktur, reka bentuk dan kod laman web. Peserta mempelajari cara membina, mengubah suai serta menguji laman web dengan lebih mudah, cepat dan kreatif menggunakan teknologi AI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali