NADI – CYBESECURITY: Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain
4 Julai 2026 | Aktiviti Terkini3 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – CYBESECURITY: Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain.
Kelas ini memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko berkongsi atau menyerahkan Kad Pengenalan (MyKad) kepada individu yang tidak dikenali atau pihak yang tidak mempunyai urusan rasmi. Peserta akan mempelajari bagaimana maklumat peribadi boleh disalahgunakan untuk penipuan, pembukaan akaun tanpa kebenaran, pinjaman, atau jenayah penyamaran identiti. Selain itu, kelas ini turut berkongsi langkah-langkah melindungi data peribadi, cara mengesahkan identiti pihak yang meminta salinan MyKad, serta amalan terbaik ketika berkongsi dokumen penting. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan identiti dan mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan serta penyalahgunaan maklumat peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: