NADI-CARE: Dr Google vs Dr 'Real Life'? | W177
6 September 2026 | Aktiviti Terkini5 September 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI-CARE: Dr Google vs Dr 'Real Life'? | W177. Seorang orang peserta telah mengikuti kelas ini di NADI Felda Pasoh 3.
Dalam webinar kali ini, peserta telah diberikan penerangan tentang perbezaan antara mencari maklumat penyakit di Google dengan mendapatkan pemeriksaan daripada doktor sebenar. Google boleh membantu mendapatkan maklumat asas tentang simptom, tetapi hasil carian tidak semestinya tepat dan boleh menyebabkan seseorang membuat kesimpulan sendiri atau berasa terlalu risau. Sebaliknya, doktor boleh melakukan pemeriksaan, bertanya tentang simptom dan memberikan penilaian serta nasihat yang sesuai. Peserta digalakkan menggunakan internet sebagai sumber maklumat sahaja dan tidak membuat diagnosis sendiri. Jika mengalami masalah kesihatan, dapatkan nasihat daripada ibu bapa atau penjaga dan berjumpa doktor atau petugas kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: