Nadi – Government (Current) : My Land
7 Januari 2026 | Aktiviti Terkini06 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah memberi penerangan berkenaan My LAND kepada pengunjung yang menghadiri di NADI.
MyLAND ialah portal rasmi kerajaan bagi urusan tanah dan pusaka. Pengunjung digalakkan melayari MyLAND untuk membuat permohonan, menyemak status, memuat naik dokumen serta membuat pembayaran secara dalam talian dengan mudah, cepat dan selamat. Petugas hanya memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pengunjung dalam menggunakan sistem ini, tanpa menguruskan atau mengisi permohonan bagi pihak pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: