NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian , Baiki Gadjet, Prompt Engineer dan Microsoft Excel Minggu – 9

8 September 2026 | Aktiviti Terkini

7 – 11 September 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian, Baiki Gadjet, Prompt Engineer dan Microsoft Excel Minggu – 9. Seramai 5 orang peserta telah menyertai kelas pada minggu ke 9. Kelas ini telah berlangsung di NADI Felda Pasoh 3.Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Kelas Mahir Agri Pertanian ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pertanian dan penggunaan kaedah serta teknologi yang sesuai dalam aktiviti pertanian. Peserta dapat menambah pengetahuan berkaitan pengurusan tanaman dengan lebih berkesan.

Dalam kelas baiki gadjet peserta diperkenalkan kepada asas penjagaan dan penyelenggaraan gadjet. Kelas ini membantu peserta mengenal pasti masalah asas serta mempelajari langkah-langkah mudah untuk menjaga peranti agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

Untuk kelas prompt engineer cohort 2 level 1, ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan arahan atau prompt yang jelas dan berkesan untuk digunakan bersama teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Peserta dapat memahami bagaimana prompt yang baik dapat membantu menghasilkan jawapan yang lebih tepat dan berkualiti.

Peserta bagi kelas Microsoft Excel diperkenalkan kepada asas penggunaan Microsoft Excel, termasuk mengenali paparan dan fungsi utama seperti worksheet, cell, row dan column. Kelas ini membantu peserta memahami cara memasukkan dan mengurus data dengan lebih mudah dan teratur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali